Gunakan blog ini untuk kebaikan bersama.

Klik pada Show All untuk mendapatkan lebih banyak link blog.

Tinggalkan pendapat dan pandangan anda sebelum meninggalkan blog ini.

Bacalah pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan guru PPKI dalam setiap isu...

Sekiranya terdapat sebarang kesalahan/kesilapan/tidak puas hati sila buat teguran untuk kebaikan

Jika anda tahu ada blog pendidikan khas yang anakkhas tak masukan disini mohon maklumkan supaya lebih meriah dan ilmiah komuniti ini.



Terima Kasih..

Insan Yang Menyayangi Insan Istimewa :- Daftar Sini

MASUKAN NAMA SEKOLAH / BLOG ATAU WEBSITE ANDA DAN MASUKAN URL YANG BETUL BERMULA DENGAN http://

Saturday 26 January 2013

Allhamdulilah Dah ramai komuniti bloger Pendidikan Khas.

Assalammualaikum....salam sejahtera...

Tahniah kepada semua guru, ibubapa dan semua yang terlibat dalam program pendidikan khas. Penyertaan anda dengan mendaftarkan diri di sini memudahkan maklumat disebarkan dan memudahkan pencarian. Semoga ilmu2 yang disampaikan oleh saudara sekalian bermanafaad pada semua. Saya yakin cerita dan pengalaman semua kita yang terlibat sangat berbeza kerana dunia pendidikan khas ini sangat unik dan dinamik. Guru2 yang terpilih bersyukurlah kerana anda adalah guru kepada ahli2 syurga Allah.

Tekanan2 yang kita terima dari dunia pendidikan yang semakin berkembang kita harungi dengan kejituan semangat. saya yakin semua guru2 PPKI sangat bersemangat dan kukuh pendirian bahawa setiap insan ada keistimewaan dan itulah kerja kita, mencari yang teristimewa.

Saya ada satu kisah dari guru bernama abg Zol dari kedah. Beliau berpraktikum di sekolah saya. Di suatu kawasan pantai yang luas terdampar tapak sulaiman saujana mata memandang, terlalu banyak hingga takmampu untuk di selamatkan kesemuanya dan pasti akan mati jika tidak diletakkan ke laut. Ada seorang tua yang bertongkat dan berjalan sangat perlahan mengutip satu persatu tapak sulaiman dan dicampaknya ke laut. Melihat pekara itu seorang lelaki menghampirinya dan bertanya " untuk apa tuan berbuat demikian? bukankah ini kerja sia2 , dalam 10 yang tuan campak ke laut mungkin 9.5 akan mati dan kembali terdampar di pantai kerana ombak yang bergelora" dengan senyuman lelaki tua menjawab" Kerja kita hanya berusaha, saya tidak tahu dan tidak kisah jika ia kembali terdampar ke pantai kerana saya akan terus mencamakkannya semula ke laut. Mungkin dalam 100 ada 1 yang akan hidup dan bersinar. Akan menjadi kebanggaan khazanah lautan serta membiak untuk tatapan anak dan cucu kita nanti. Walaupun usaha saya ini nampak sia2 namun jika tidak dimulakan mungkin kita akan menyesal suatu hari nanti".

Moralnya ,walaupun adakalanya guru2 lain mengangap kita mengajar kanak2 yang tiada harapan untuk berjaya dan melakukan kerja sia2 tetapi inilah usaha kita. Ingatlah Allah Menghitung kebaikan walau sebesar zarah. Suatu hari atau suatu masa anda akan dapat rasa apa yang dimaksudkan dari kisah di atas.

Seorang murid PPKI yang saya hanya kenal di karnival futsal menegur ,bersalam dan memeluk saya di pasaraya sakan. "Cikgu apa khabar?.Saya kerja cikgu dapat duit gaji, saya mampu uruskan perbelanjaan saya sendiri cikgu" Allah gembiranya saya... dia bukan murid saya, saya cuma berbual dan memberi semangat kepadanya dalam pertandingan futsal tapi dia mampu mengigati saya dan gembira bercerita tentang kejayaannya. Kalau guru lain bangga dengan murid yang menjadi doktor dan peguam, saya pula bangga murid kita mampu berdikari.. Itu peristiwa sekarang.... agaknya apa akan jadi 10 tahun dari sekarang?
saya bangga dengan kerjaya saya mengajar di Pendidikan Khas. Banggalah cikgu semua walaupun kita jauh ketinggalan dengan arus perdana tapi yakinlah.. Murid kita juga ada kemampuan dan keistimewaan......

Tahniah kepada semua Pejuang Bloger PPKI. 
salam iklas dari Anakkhas PPKI


22 comments:

  1. seronoknya...dah ramai pembaca blog ni dan folower...lps ni boleh la buat gathering...jumpa cikgu2 pend. kahs utk kongsi ilmu :)

    ReplyDelete
  2. Ppki di skpu 3 masih boleh menerima pelajar baru ke? Saya dinasihatkan tukarkan anak saya yg berumur 9 tahun (tahun 3) ke ppki dan kawasan rumah saya (kinrara) tak ada ppki dan saya suka tengok aktiviti dan komitmen cikgu sekolah skpu 3 dlm blog ni. Tkasih.

    ReplyDelete

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Rendah

http://permata-limbongan.blogspot.com

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Menengah