Gunakan blog ini untuk kebaikan bersama.

Klik pada Show All untuk mendapatkan lebih banyak link blog.

Tinggalkan pendapat dan pandangan anda sebelum meninggalkan blog ini.

Bacalah pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan guru PPKI dalam setiap isu...

Sekiranya terdapat sebarang kesalahan/kesilapan/tidak puas hati sila buat teguran untuk kebaikan

Jika anda tahu ada blog pendidikan khas yang anakkhas tak masukan disini mohon maklumkan supaya lebih meriah dan ilmiah komuniti ini.



Terima Kasih..

Insan Yang Menyayangi Insan Istimewa :- Daftar Sini

MASUKAN NAMA SEKOLAH / BLOG ATAU WEBSITE ANDA DAN MASUKAN URL YANG BETUL BERMULA DENGAN http://

Monday 11 February 2013

Penyelesaian masalah untuk mengadakan terapi air di kelas pendidikan khas.

Assalammualikum......

Kepada semua rakan guru dan ibu bapa. Selama ini kita selalu mengadakan terapi air di luar kawasan sekolah,kadang2 persiapan dan kertas kerja berminggu-minggu nak disiapkan. Kelulusan dari PPD makan masa 5 minggu (itupun kalau takde kesilapan). Murid pendidikan khas sangat memerlukan terapi air atau hidroterapi.

Agak lama saya mencari jalan penyelesaian dan akhirnya saya terjumpa sebuah pusat terapi air di PJ Water Gym, saya dapati gym ini hanya dibina di sebuah lot kedai tertanya2 apakah jenis kolam yang digunakan. saya membuat sedikit carian dan mula berkenalan dengan pembekal alatan kolam renang mudah alih dan mudah digunakan. Jika dikira kos sekali kita bawa murid ke program terapi angkanya mencecah ribuan ringgit, jika bernasib baik. Ada sekolah2 yang takpernah mengadakan terapi air kerana masalah pusat aquatik yang jauh dan kos tiket serta bas yang tinggi.

Kolam mudah alih yang saya maksudkan sangat tahan lasak,kerangkanya dari fiber dan berbingkai besi. ada banyak pilihan saiz mengikut kemampuan dan ruang. Sekiranya kos yang kita gunakan untuk program terapi air mencecah ribuan ringgit tentu kita mampu membeli sebuah kolam yang berkualiti untuk sekolah atau rumah .\

Dari jenama intex kolam ini saya rasa sangat sesuai untuk dimiliki oleh sekolah2 pendidikan khas kerana kos selenggara yang rendah dan air yang digunakan tahan sehingga bertahun tak perlu ditukar ganti. harga bermula dari rm488 kita sudah mampu miliki kolam renang di sekolah. set mudah yang didatangkan bersama filter berqualiti mampu menampung hingga 5 orang murid dalam satu sesi.


saya sendiri mencuba set mudah yang hanya menggunakan pelampung. Airnya jernih dan tidak berlumut hingga berbulan. Allhamdulilah 2 dari anak saya telah menguasai teknik asa pernafasan dan berenang terutamanya apungan yang sangat penting untuk mengelakan lemas.

Setelah yakin saya terfikir untuk mencuba kolam renang yang lebih besar dan lasak berbingkai besi. Saya sangat yakin dengan produk ini dan mengesyurkan klas2 pendidikan khas memilikinya . Membazir rasanya nak keluarkan peruntukan untuk program hidro terapi yang hanya 1 jammenelan belanja ribuan ringgit. dalam gambar diatas adalah kolam bersaiz 8 kaki diameter boleh dibeli di tesco dengan harga 366 lengkap dengan pum. Tapi jika beli di tesco warentinya 1 minggu namun cikgu2 pasti berpuashati kerana kualitinya sangat berbeza (saya telah menghabiskan ribuan ringgit untuk kolam jenis pelampng yang berqualiti rendah.) cikgu2 boleh mencuba kolam berharga 488 10 kaki diameter jaminan tigabulan yang juga didatangkan bersama2 dengan mesen rawatan air yang berharga rm300 (pum/filter untuk set kolam ini didatangkan sekali kecuali yang berbingkai besi rm488 berserta pum harga yang sangat berbaloi)

pilihan kedua adalah berbingkai besi yang baru 2 minggu saya cuba di rumah untuk latihan dan senaman. saiz 15x7 kaki dengan kedalaman 3 kaki. sangat mudah dipasang dan tahan lasak kerana dibuat dengan fiber yang berkualiti.
 Kolam mini intex yang dibina dari bingkai besi dan dasar kolam menggunakan fiber berqualiti tinggi.
konsep pasang dan guna memang mudah. jika takmahu digunakan buka dan simpan .
 kedalaman air hanya 3 kaki memudahkan kita melatih anak2 seawal 1tahun
 untuk terapi atau latihan renang
 Boleh dipasang dikawasan terbuka,dipadang dan dimanasaja asalkan ada sumber air harga untuk saiz 15x7 kaki ini hanya 1250 Kolam sahaja + pum/filter rm300 dan lain kelengkapan jika perlu sahaja. sangat2 tahan lasak. saya sangat teruja untuk berkongsi info ini dengan rakan2 guru dan ibu bapa pendidikan khas khususnya.
 antara kolam2 yang saya gunakan semuanya mudah rosak dan taktahan cuaca
berbeza dengan kolam fiber yang cukup lasak direka untuk tahan pada semua musim dan cuaca.
Anak sulung saya yang sangat minat bermain air. renang adalah satu sunah dari nabi kita Muhamad S.A.W tentu ada hikmah besar dari apa yang disunahkan. "ajarlah anak kamu berenang ,berkuda dan memanah" pasti ada sebab tersirat yang kita belum nampak. yang pasti untuk mereka yang menghadapi masalah lelah sangat sesuai dengan aktiviti air (setakat yang saya tahu sebab anak saya yang ke 2 ada mengidap athma dan dinasihatkan mencuba aktiviti air bagi membantu sistem paru2 dan penafasannya) cikgu2 atau ibubapa boleh hubungi 0176886381 untuk mendapatkan maklumat berkaitan produk ini. Semoga Allah memudahkan segala urusan guru2 dan ibu bapa murid istimewa yang sangat bermakna buat kita yang mengenali mereka.




1 comment:

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Rendah

http://permata-limbongan.blogspot.com

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Menengah