Gunakan blog ini untuk kebaikan bersama.

Klik pada Show All untuk mendapatkan lebih banyak link blog.

Tinggalkan pendapat dan pandangan anda sebelum meninggalkan blog ini.

Bacalah pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan guru PPKI dalam setiap isu...

Sekiranya terdapat sebarang kesalahan/kesilapan/tidak puas hati sila buat teguran untuk kebaikan

Jika anda tahu ada blog pendidikan khas yang anakkhas tak masukan disini mohon maklumkan supaya lebih meriah dan ilmiah komuniti ini.



Terima Kasih..

Insan Yang Menyayangi Insan Istimewa :- Daftar Sini

MASUKAN NAMA SEKOLAH / BLOG ATAU WEBSITE ANDA DAN MASUKAN URL YANG BETUL BERMULA DENGAN http://

Wednesday 13 April 2011

Blog Ibu bapa yang memiliki anak istimewa.

               Salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pelawat yang sudi menziarah dan membaca blog2 guru dan kelas pendidikan khas di sini. Pengalaman mereka sukar kita dapati di dalam buku2 rujukan atau nota2 kuliah di mana2 pun. Bacalah dan hayatilah perjuangan guru dan semua warga pendidikan khas. Bukan Guru2 aliran perdana tidak berjuang untuk mendidik, mereka juga sangat sukar dalam dunia pendidikan arus perdana, tetapi dunia pendidikan khas ini sendiri sangat indah jika dihayati. Kami akan berdepan dengan situasi pendidikan yang baru, setiap tahun,bulan,minggu,hari,minit dan saat. Sedikit kelekaan musibah dan bencana mungkin berlaku.

             Adakah anda yang berkunjung di sini tersesat atau sememangnya ingin mengenali dunia pendidikan khas atau anda warga pendidik atau anda guru aliran perdana atau anda sesiapa sahaja....... pernahkah anda bertanya kepada mereka yang berada di dunia pendidikan khas tentang pengalaman indah mereka? atau anda hanya bertanya tentang kesukaran yang mereka hadapi?. Kebanyakan guru pendidikan khas banyak bercerita tentang kesukaran mengajar di pendidikan khas. Apakata kita sepakat sebarkan pada semua tentang kegembiraan kita bersama mereka insan istimewa ini.

                Saya bercadang ingin memasukan link ibu bapa pendidikan khas pula di sini, kerana  saya dapati sudah  banyak blog ibu bapa yang ingin meluahkan perasaan bangga dan bersyukur mereka bila memiliki anak istimewa ditulis. apa pendapat anda guru2? apa pendapat ibu bapa? apa pendapat pembaca? saya rasa lebih baik kita cuba. Kepada ibu bapa yang memiliki blog Emailkan url anda atau masukan sendiri diruangan url yang disediakan di atas, letakan tajuk blog dan url yang betul.

            Kemungkinan saya akan membawa Himpunan Blog Pendidikan Khas ini ke website yang lebih mudah dicari oleh pengunjung. Itupun jika ada sambuta, Usia blog ini kini sudah setahun tetapi masih suram saya rasakan mungkin kerana saya sendiri yang kurang aktif. InsyaAllah Jika semasa saya dalam proses mendapatkan ijazah pendidikan khas ini (saya guru perdana yang menumpang kasih di pendidikan khas) saya akan cuba mengumpulkan seberapa banyak maklumat untuk  Himpunan Blog Pendidikan Khas ini. Website anakkhas.com pula sedang dalam proses perubahan yang lebih baik InsyaAllah. Jika ada keizinan akan disusun semula blog yang bersepah ini. Terima Kasih.

*ruangan perkongsian ilmu masih tidak berubah bukan kerana tiada bahan tetapi kerana tiada maklum balas pengguna. Anda hanya mengambil tetapi tidak menyumbang. Banyak soalan2 pendidikan khas dalam simpanan saya tapi tiada maklumbalas dari anda yang mengambil tapi tidak menyumbang. emaillah sesuatu di anakkhas@ymail.com.

22 comments:

  1. SAYA SETUJU!

    tQ,saya nmpk blog saya di Blog Guru2 PK penulis,

    harap boleh bekerjasama, =)

    ReplyDelete
  2. Salam Perkenalan,

    "Seperti yang di alami ramai ibu bapa, anak – anak remaja akan mula menjarakkan diri dengan ibu bapa mereka apabila mereka mula mempunyai kehidupan sendiri.
    Apabila mereka ada tenaga dan kemahiran untuk berkawan dan membawa diri, mereka akan mula menjarakkan diri dari anda.
    Akibatnya anda mungkin akan hilang jejak akan aktiviti anak anda jika anda tidak mengawasi mereka dengan betul."

    Terima kasih saya ucapkan dengan artikel yang sangat bermanfaat ini ;)

    Amir Azros
    http://pakarkeluarga.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. sya sya seorang yg mempunyai ank special.jom jln2 ke blog sya...

    ReplyDelete

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Rendah

http://permata-limbongan.blogspot.com

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Menengah